Alhamdulillah, seperti dijanji akhirnya aku berkesempatan juga untuk menulis berkaitan gambir pada kali ini. Malah inilah langkah pertamaku memulakan perniagaan secara talian.
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Gambir Asli Sarawak, bolehlah memesan terus dari aku. Butiran produk adalah seperti berikut :

RM 10.00 / 1 CM / 45 gram
Pembayaran boleh dibuat dengan kaedah Cash Deposit atau Perbankan Internet ke akaun berikut :
Nama : Mohammad Firdauz Haji Abdul Jalani
Bank : Maybank
No. Akaun : 1110-3913-2223
Sila buat pengesahan pembayaran dengan menghantar pesanan ringkas kepada aku, agar produk tersebut dapat dihantar dengan kadar segera.
Sebelum itu aku nak story sikit pasal gambir ini. Bagi yang tak tahu apa sebenarnya gambir better baca pasal artikel di bawah. Bagi yang dah tahu tu, tak salah jika nak tambah sikit kefahaman.
Kebanyakan dari kita apabila sahaja menyebut berkenaan gambir pasti mengaitkan penggunaannya untuk tujuan kelamin yakni seks. Namun lebih daripada seperti yang kita sangkakan gambir juga turut digunakan untuk beberapa tujuan perubatan.
Fakta yang aku temui melalui enjin carian menemukan aku kepada penemuan berikut; Gambir atau nama saintifiknya ‘uncaria gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara khasnya di kawasan hutan di Nusantara, India dan China. Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar, manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen.
Menurut rekod, terbukti gambir telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan penawar bisa akibat patukan ular dan krim sebagai penyembuh akibat kesan terbakar pada kulit.
Di kalangan masyarakat Cina purba, tumbuhan itu turut digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser, selain membuang angin dalam badan.
Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.
Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di situ kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah-tengah Bandaraya Kuching.
Sebenarnya gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain pula, wujud beberapa spesies lagi dari keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.
Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘uncaria ramulus’ misalnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala dan merawat sawan.
Namun penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.
Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan pula mendapati Uncaria rhynchophylla pula mendapati ekstraknya mampu melegakan kekejangan dan sawan.
Namun di Sarawak, gambir pula dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikan khasiat berkenaan.
Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil.
Untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.
Sehubungan itu, Sarawak khasnya Kuching kini kian sinonim dengan ‘Gambir Sarawak’ malah terdapat pelawat yang sanggup datang ke negeri ini semata-mata hendak mendapatkan bekalannya.
Cecair gambir dalam botol kecil dan kepingan gambir yang bersaiz kira-kira sebesar batang mancis dijual pada harga RM10.
Sejak empat tahun lalu, penjualan gambir dalam bentuk kepingan kecil dan cecair memang perkara biasa terutama di sekitar Tebingan Sungai Sarawak dan Jalan Main Bazaar di Kuching.
Pada masa sama, kepingan gambir juga boleh diperoleh di kedai perubatan tradisional Cina yang di bandar utama di Sarawak.
Sejajar dengan perkembangan teknologi, gambir Sarawak juga dipromosi dan diiklan secara meluas di internet walaupun jarang kelihatan di media arus perdana.
Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai berkata, cuma gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat berkenaan kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu hanya untuk tujuan perubatan.
Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu, berkata penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak.
Di kalangan suku Iban dan Melanau misalnya, gambir dikenali sebagai akar kelawit dan ia digunakan sebagai penawar gigitan ular dan kesan sampingan akibat termakan cendawan beracun.
Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula katanya, gambir sering digunakan untuk menahan sakit terutama sakit gigi.
Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.
Sehubungan itu, beliau berpendapat khasiat gambir perlu dikaji secara saintifik kerana ternyata ia mmepunyai potensi komersial dan farmaseutikal.
“Kajian mendalam mengenai khasiat dan kesan sampingan herba itu perlu diusahakan bagi memastikan ia tidak memudaratkan terutama jika digunakan secara berlebihan,” katanya yang juga bertugas sebagai perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa (ITTO).
Itu antara maklumat yang aku perolehi daripada laman Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan berikut : http://www.myhealth.gov.my .